Masa makan malam tadi di kedai Pak Su, Abbybossh telah mengadu tentang keceluparan beberapa pekerja pekerja kebun. Katanyer dia kurang senang dengan hencapan yang dilemparkan. Terfikir jugak Queen, kerana Queen tak mahu menjadikan kebunget@h ini hanya menjadi medan bertikam lidah, hencap sana sini. Apa yang penting, kebunget@h adalah untuk melatih para pekerja yang mahir menggunakah pisau torehannyer Queen tak kisah jika mereka menggunakan pisau itew untuk berkarya pada sebatang pokok getah.
Tengok je lah, Abbybossh telah berkongsi ceritanyer kepayahan membela Igu Igu, liar dan nakal, yang menyebabkan banyak pula predator cuba untuk mendekatinyer. Tetapi, apakah kemahiran abbybossh untuk menjinakkan igu igunyer dari menjadi mangsa kepada "Carnivor yang tidak bertaring" .
Maka dengan itew, Queen akan memberi beberapa tugasan yang akan diberikan pada setiap orang. Contohnyer, Eva telah pergi ke Penang kerana ader kenduri kendara di sana. Queen sarankan pada Eva agar membuat catatan dan berkongsi bersama dengan para pekerja kebun kisah disebalik kenduri kendara. Mesti ader yang menarik kan! tak gitu Eva. Tak sabar nak menunggu buah tangan dari Penang.
Miss Africa pula akan berangkat ke Vatican City dalam seminggu dua ni jika tak silap Queen, dan semestinyer satu pengalaman yang indah bersama dengan suami yang tercinta akan berlaku di sana. Queen sarankan jugak untuk mengambil beberapa picture yang menarik dan apa saja aktiviti yang Miss Africa dan suami lakukan di sana. Tetapi, harapan Queen agar Miss Africa tetap update cerita walaupun tengah bercuti.
Bukankah, kebunget@ah akan menjadi lebih meriah dengan torehan yang menarik apabila diketengahkan. "Kurangkan Hencapan Tingkatkan Torehan". Sundelbolong itew, Queen tak taulah, bolehkah dia membuat kerje torehan dengan menggunakan pisau..bukan guna kuku u ol yang dah panjang tu.
Queen nak highlight bahawa tugas CEO iaah bagi arahan, itu apa yang telah di bagi tau oleh CempakaDesa, semasa beliau pernah bertugas sebagai GM dulu, now no more.. tu sajork...Tetapi tugas CempakaDesa tertumpu kepada Pelancongan Tani. CempakaDesa ini suka kepada nature, dan dulu dia pernah berkata bau getah yang busuk itew adalah bau duit, maka Queen sarankan kepada CempakaDesa untuk mempromosi kepada orang ramai bahawa melancong ke kebunget@h banyak faedah, bukan saja bau bauan pekerja pekerja yang bermandikan susu getah tetapi bertapa kepuasan akan terpancar bila sudah berada di kebun.
Diharapkan semuanyer bersetuju dengan apa yang Queen cuba cadangkan... Surprise me!!!!!
No comments:
Post a Comment