Kepada semua semua penoreh kebunget@h dan tak lupa juga kepada pembeli getah skrap yang di rahmati. Setelah hampir sebulan perancangan untuk mengadakan parti yang julung julung kali akan diadakan pada minggu ini rancak dibualkan, tetapi belum ada lagi keputusan yang muktamad. Tetapi beberapa perancangan asal, seperti menu dan juga tema pakaian telah di tetapkan seperti apa yang telah diusulkan. Cuma, Queen nak perancangan aktiviti pada malam tersebut belum lagi diputuskan. Maka dengan itu, Queen hendak mengadakan mesyuarat pada petang ini tepat jam 6.00 petang bertempat di Hainan.
Mesyuarat kali ini untuk berbincang mengenai aktiviti Anugerah Kebunget@h dan pencalonan bagi setiap katogeri. Semalam Queen telah pun berbincang secara ringkas dengan beberapa penoreh dan termasuk pembeli getah skrap tentang Anugerah tersebut.
Beberapa Anugerah akan di berikan kepada calon calon yang layak seperti
1. Penoreh getah yang paling "GIGIH"
2. Cerita Gossip Kebunget@h yang paling "LIAR"
3. Penoreh getah yang selalu di "hencap"
4. Pengeskport susu getah yang paling berjaya.
Tak lupa juga, satu Anugerah yang akan di berikan kepada "Pembeli getah skrap yang paling banyak". Calon calon inilah yang kita patut raikan bersama pada malam tersebut. Anugerah ini untuk menghargai mereka yang telah sama menjayakan Kebunget@h.
Dengan hanya empat katogeri yang akan dipertandingkan pada malam tersebut, maka Queen ingin menjemput semua untuk mencalonkan siapakah layak dicalonkan dan siapakah yang patut menang.
Aktiviti aktiviti lain seperti "Poison Chair" dan "Pandora's Box" tetap diadakan secara berselang seli dengan Anugerah Kebunget@h . Dua permainan ini telah pun dibincangkan pada malam semalam.
Tempat berlangsungnyer Anugerah akan diberitahu kemudian. Diharap kepada semua penoreh dan juga pembeli agar hadir pada malam tersebut. Kehadiran anda semua sangat dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
QueNana

No comments:
Post a Comment