
"Selangor Pewter" , "Batik Malaysia", "Tayar" ,"Proton Perdana", "MyVi" dan tak lupa emas hitam kita "Petronas" yang tinggi kualitinya telah dijual diluar negara. Itu adalah sebahagian contoh yang terbaik dari Malaysia. Dari barangan yang boleh dipegang, disentuh, dirasa (tangible) sehingga kepada service yang kita terima (intangible) tidak boleh disangkal lagi kehebatan produk tempatan ini setaraf dengan produk buatan luar negara.
Apakah kaitannya dengan produk-produk di atas dengan apa yang ingin Queen katakan di sini?. Ada sesetengah dikalangan kita yang ingin untuk membeli belah di luar negara, kerana barangan luar negara lebih murah dan lebih berkualiti, tetapi itu hanyalah sesetengah produk sahaja. Kalau fesyen itu mungkinlah adek-adek berangan nak membeli belah di US, UK, or Europe, dengan jenama yang branded seperti "GUESS", "SISLEY","CK", "Emporio Armani", "DKNY" dan banyak lagi. Jika di bandingkan dengan barangan itu di Malaysia, kita tidak dapat membandinginyer. Ini kerana jenama jenama itu telah lama bertapak di negara asal dan fesyen fesyen ini telahpun mendapat pasaran di seluruh dunia.
Begitu juga dengan produk produk kecantikan seperti "CLARIN", "BIOTHERM", "KHEIL" dan "CLINIQUE" adalah contoh produk yang kita boleh percayai. Buatan mereka yang mendapat recommended dari "Dermatologist". Kajian yang mendalam telah dibuat secara klinikal. Bukan nya tidak mahu membeli produk produk seperti " BINARI", SEDAYA TINGGI" dan"LEESA FORMULA", tetapi mungkin juga ada perasaan was was yang mendalam di kalangan pengguna pengguna kita. Queen juga mengucapkan syabas kepada tiga jenama ini yang telah berkembang maju dan produk produk mereka kekal di pasaran.
Kita juga berbangga dengan kereta buatan Malaysia, seperti Perdana, Satria Neo, MyVi dan Nautica yang telah mendapat perhatian penduduk Malaysia. Malah dengan penjualan kereta kereta ini maka Orang Malaysia bangga mempunyai kereta nasional sendiri . Tempahan MyVi sahaja sudah mencecah puluhan ribu kerana spacious, dan value for money menyebabkan MyVi menjadi salah satu "Car of the Year" I wish. Tetapi ade pula sesetengah pengguna yang tidak kurang jelaknyer terhadap kereta tempatan. Mungkin mereka ada alasan tersendiri seperti mampu untuk memiliki atau kerana Brand atau tahan lasak, bahan berkualiti atau apa apa aja alasan itu adalah hak individu.
Tiga perangan di atas adalah pengenalan kepada produk tempatan, contoh di atas adalah produk produk tempatan yang mendapat tempat dihati pengguna pengguna Malaysia. Walaubagaimanapun, sejauh mana kita terbang jauh ke negara orang kita mesti cuba untuk membandingkan harga dan kualiti sesuatu produk atau service. Sesetengah pengguna mungkin tidak memadang kepada kualiti, sesetengah orang mungkin tidak memandang kepada harga, ini kerana "citarasa" itu adalah sesuatu subjektif.
Kisah yang ingin Queen paparkan adalah, ada sesetengah mereka ini yang jiwanya begitu patriotik. Sehinggakan, berhabis belanja di luar negera dia tetap juga membeli barangan tempatan. Queen perasaan kejadian ini sebanyak tiga kali dimana setiap kali pergi ke luar negara, dia mesti nak jugak pergi mendapatkan produk tempatan. Pertama kali Queen terbang bersama dengan nyer, dia boleh menghabiskan beratus ringgit di sana untuk mendapatkan sesuatu barang itu, tetapi akhirnyer mengajak Queen singgah sekejap untuk mendapatkan produk local, yang penting dia belanja Queen sekali... Kali kedua terbang, (tapi Queen tak ader ikut) pun "tetap", pantang jejak kaki ke tanah tumpah terus saja bunyi ajakan "Let u ols". Itupun berhabis beratus ringgit (lebih dari seratus untuk semalaman...jadi darab 3 malam u ols) untuk trip kedua di sana, Queen dapat CNN dari orang rombongan bersamanyer (bukan propa atau sepeku). Katanyer produk di Malaysia tetap murah, walaupun matawang di sana lebih rendah dibandingkan dengan matawang Malaysia. Ini termasuklah juga trip yang ketiga, tak hilang penat pulang dari luar negara, terus sajork pergi untuk dapatkan produk tempatan (mungkin duit lebihan kot......). Jadi, tidakkah kita berbangga mempunyai pengguna seperti ini yang tahu dengan kualiti, kos dan kepuasan dengan produk sendiri.
Kebunget@h adalah salah satu pengeluar susu getah yang berkualiti, kalau tidak masakan industri polimer berasaskan getah di Malaysia boleh hidup. Lihatlah sendiri dengan adanya produk sarung tangan, tayar, tilam, dan juga "sarung" itu semua adalah contoh produk yang terhasil dari getah. Di zaman yang boleh dikatakan "akhir zaman", permintaan "sarung" yang kian bertambah, malah pertumbuhan kilang yang khusus membuat "sarung" menunjukan getah masih diperlukan. Kita harus berbangga kerana kita adalah penoreh getah dan juga penghuni tetap kebunget@h.
Dengan contoh dan kes kajian yang telah dibentangkan di atas, tidak hairan lah mengapa ekonomi kita (Malaysia) boleh berkembang maju bersama dengan negara yang sudah maju. Jawapannya adalah kerana sumbangan pengguna Malaysia yang menyokong barang tempatan. Kita tidak perlu berbangga kalau kita membeli barang dari luar negara, kerana barang itu ada cop buatan luar negara tetapi kita harus sesesali perbuatan kita yang telah menyumbangkan ekonomi kepada negara yang mengeluarkan produk itu. Jadi, marilah kita sama sama terus membeli barangan buatan tempatan.
CEO

No comments:
Post a Comment