Wednesday, July 16, 2008

Bowling Supper

Dengan izin dari CEO yang mulia dan yang kucin(g)ta(ik),


Ini adalah entri saya yang pertama-tama sekali sebagai penoreh getah sepenuh masa di Kebun Getah yang mulia ini. Saya dengan bangga sekali menyahut cabaran menjadi pengelola Ruangan Jalan-jalan Cari Makan sambil carik Ciktan (JJCMSCC) walaupun tugas merk adalah lebih kepada tugas photographer merangkap pencacai mencari restoren-restoren baru yang banyak waiter yang kendo dan kemahiran merk dalam bidang masakan hanya mampu untuk membuat sambal tumis ikan bilis (kadang-kadang udang) di atas undangan penoreh-penoreh tertentu (sehinggakan merk telah dioffer kontrak untuk memasak sambal tumis nasik lemak untuk 100 orang makan oleh YOU KNOW WHO, YOU DO THE MATH)

Jadi saya ingin membawa semua penoreh, pembeli getah dan getah sekerap jugak CEO sendiri untuk mengimbau cadangan yang dibuat oleh Miss Olympia Zues (MoZ) dengan cadangan mengadakan parti 'Mari memakan durian" selepas penat membanting tulang membaling bola bowling pada hari tournament yang dicadangkan itu, di samping melepaskan lelah setelah berhari-hari memerah tenaga menoreh getah (walaupun selalunya gagal)

Tapi saya pulak tidak bersetuju dengan cadangan sapa kalah belanja, sebab saya dapat rasakan bahawa team saya akan kalah teruk ya, memandangkan saya sendiri tidak pernah membaling bola bowling seumur hidup saya yang bola itu tidak masuk longkang, dan kedua team member saya iaitu Skinny Bitch mempunyai berat badan lebih rendah dari bola bowling itu sendiri.

Saya cadangkan setiap ahli membawa durian masing-masing secara potluck dengan syarat durian ini dibeli di lain-lain tempat dengan lain-lain grade, dan dibawa ke ClubHouse pastu kita ramai melantak di padang yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sambil disaksikan oleh Chicken-chicken di asrama depan ituewww.

Saya juga mencadangkan supaya sebelum bowling sesiapa yang rajin boleh lah membuat makanan seperti :

- Pulut tanak
- bubur durian
- Lempung Durian
- Lempeng Durian, dan
-sebagainya

untuk menjadi pelengkap kepada sistem potluck parti "Mari Memakan Durian" jika ia diadakan selepas tournament bowling tersebut.

Saya juga ingin membuat poll, untuk melihat berapa ramai ahli Kebun Getah yang mulia ini yang makan durian dan yang tidak makan durian, sila angkat tangan di ruangan komen.

Sekian terima kasih.


p/s: ramai ciktan suka makan durian, jadi kalau time makan ada ciktan lalu, kita boleh gunakan teknik 'lambai-lambai abang nak makan durian' dan selepas makan durian badan-badan menjadi panas dan abang-abang itu memerlukan tempat untuk beristirehat dan menyejukkan badan (mereka boleh memilih kipas di Clubhouse 2 atau aircond di Clubhouse 1, atau bilik sauna tidak berkipas di Clubhouse 3).

3 comments:

skinny bitch in d kitchen said...

walaupun skinny bitch ala2 victoria beckham..aneroxxxx@ bolemia...tp mek tetap boleh baling bola no 14...uols tk baik tau tidak memberi mek mencuba...
p/s: SBIDK tk makan DURIAN!!!!

CempakaDesa said...

Chee purp....

Sister of St Angelic said...

chee..
purp???