Berita Baik
Dengan pembelian satu blok bangunan yang lebih besar dan jugak terletak di kawasan elite, Club House akan berpindah ke sana dalam masa dua bulan dari sekarang. Perkembangan Kebunget@h yang sangat membanggakan telah menyebabkan mak ayam besar (payung besar Kebunget@h) berhasrat untuk memindahkan Club House lama yang terletak dibangunan yang sudah usang ke Jalan tekukur. Blok bangunan ini lengkap dengan 3 bilik tidor, satu bilik tetamu, dan juga ruang tamu yang mempunyai keluasan lantai duakali ganda dari Club House lama. Setiap ruang sangatlah sesuai untuk aktiviti berguling guling. Malah setiap ruang dilengkapi dengan penghawa dingin yang berkuasa tinggi. Bilik tetamu boleh digunakan untuk permanian berhadas dan bermalaman hingga berbulan bulan lamanyer. Dapur basah dan kering juga disediakan untuk penoreh penoreh yang lapar untuk aktiviti memasak dan melantak. Disamping itew juga pihak management baru akan menyediakan bilik asap yang kedap udara kepada penoreh-penoreh. Demi kebajikan penoreh-penoreh, mereka boleh mengasap bila bila masa dan tanpa di hencap walaupun bertaburan abuk abuk asap.
Pengumuman ineh adalah untuk pemberitahuan awal kepada penoreh-penoreh agar tidak terkezutt dengan penutupan Club House lama.
Sekian, Terima Kasih
CEO
2 comments:
wahhh...
tak sabar nak pindah club house niehhh...
ader bilik asap lak tu...
huhuhu...
Make sure register ngan Ahli surau berdekatan....uppsss...
Post a Comment