Wednesday, August 13, 2008

Academic Writing, Chapter 2 FOOD CRISIS

"FOOD CRISIS", TOWARDS TO ADAT BERTANDANG, ADAT MAKAN DIMEJA MAKAN DAN MENGAPLIKASIKAN KONSEP CLEAN AS YOU GO".


Queennana, Cempakadesa, Mimi Toi, Jurnal Peradaban, Vol 1, (isu 1), 2008



Academic writing ini akan dibentangkan di Party Iri-Iri yang dianjurkan oleh MisstresLuvBondange


PENGENALAN

Agak lama Queen tidak datang membuat torehan disebabkan emosi yang melanda dan kurang bertenaga kerana memikirkan masa depan yang tidak tahu hujung dan pangkalnyer. Kehidupan Queen ketika ini (hampir 6 bulan jobless) kalau dilihat memanglah tak ubah seperti "Paris Hilton" duduk di rumah dan dapat dua income, bersosial di tempat ekslusif, shopping di LQ, mempunyai set kecantikan dari Clinique dan juga sanggup membeli alat make-up sekali gus. Sesetengah orang kata bertuah kehidupan Queen ni, tetapi hakikatnyer apa yang selalu Queen fikirkan "Yang terindah hanyalah Sementara" (Tajuk lagu Erra Fazira). Kegusaran selalu melanda difikiran Queen apabila tiba dihujung bulan, masih adakah bantuan bulanan atau harapkan satu aje income yang tak seberapa itew. Tetapi setakat lima bulan lepas alhamdulillah kerana masih dapat dua income yang dicampur boleh dikirakan lumayan. Bagaimanakah nasib Queen akhir bulan lapan ini? Masihkah lagi dua atau dah memang tak ada lagi yang hakiki itew, belum tentu lagi nasib Queen, cuma berdoa sentiasa dimurahkan rezeki dan pintu rumah sentiasa dibuka untuk penoreh penoreh bertandang dan bersantai di Club House.


Bercerita tentang event Nasi Kerabu baru baru ini yang sudahpun menjadi "krisis makanan sedunia", ianya bukanlah terjadi kerana dirancang dengan teliti, tetapi usul awal yang dikeluarkan oleh MIMI TOI untuk mencuba resepi bondanyer telah menjadi kenyataan apabila Queen bertindak sebagai Co-Chef dan desakan demi desakan untuk merealitikan impian MIMI TOI. Berita tentang Nasi Kerabu ini telah disebarkan awal semasa pemasangan WIFI di Club House, dengan tujuan untuk meraikan Pusat ICT yang telah ditubuhkan oleh ahli ahli Kebunget@h, cuma masa saja yang menghalang untuk melaksanakannyer. Apabila desakan dan juga pujukan Queen untuk membuat Nasi Kerabu ini mendapat perhatian dari MIMI TOI , maka berlangsunglah makan petang Ahad di Club House dengan menu Nasi Kerabu MIMI TOI. Pemberitahuan awal telah dibuat pada dua hari sebelum (Jumaat Petang) event ini berlangsung di meja makan Hainan, kalau tak silap Queen dimasa itew, kehadiran penoreh penoreh seperti Miss Africa, Mak Aji, FB, Za, Corina, Sis A, Mama Raz, dan MisstresLuvBondage pun ada termasuk Skinny Bitch dan Mimi sebagai Chef di meja makan, secara lisannyer Queen telah menjemput semua orang diketika itew untuk datang makan Nasi Kerabu di Club House pada hari Ahad petang. Apa yang Queen dapat jawapan, hanyalah hambar...ini jawapan yang diberi oleh Miss Africa " Sorry I have family affair", Mak aji pun memberi jawapan yang lebih kurang sama, "nok ahad adalah hari untuk keluarga... "keluarga lebih penting dari kawan kawan....ahahhhhaaaa itewlah jawapan yang agak kekwat dan kadang kadang memakan diri sendiri. Kepada yang lain tu, jawapan dari yang selebihnya kurang jelas tentang cadangan di berikan....semacam pada hari ahad itew, semua nyer ada aktiviti masing masing. Maka, sesiapa yang ada lepak kat Club House pada petang ahad sajalah yang Queen jemput. Pijar tangan aku buat solok lada....tak terdaya nak SMS semua orang.


Sekarang kita pergi kepada topik yang sedikit panaz, yang mungkin akan menyinggung perasaan beberapa orang di dalam Kebunget@h. But who's care!. Becoz i never mention any specific name which is atrributed to that person. I m talking generally. Kalau diambik secara positif maka kita kan lebih berhati hati di masa hadapan. Kalau fikirkan emosi dan sentap, Queen tak boleh nak berbuat apa apa, cuma pujuklah diri sendiri (konsep yang dipakai di Kebunget@h ko sentap ko pujuklah diri sendiri...Lu Fikirlah sendiri!!!)


ADAT BERTANDANG

Kita ni semuanyer melayu, kerana fatherhood kita adalah melayu, kecuali Corina yang half Chinese (Lydia Sam).... atau Sis A yang berketurunan Sri Devi itew...(salah seorang parent mereka bukan melayu .......tak salahkan ibu mengandung). Petama, kalau kita dijemput datang ke rumah untuk lepak ke, makan ke, atau apa apa lah aktiviti yang boleh dikira bersantai dan semestinya ada makanan yang terhidang dimeja kalau tak pun at least paling busuk minuman kordial, tak ke terringan dimulut kita ni nak tanya, mak nak kena bawa apa apa tak? atau kalau orang tu nak buat makan, cubalah sensitif sikit, dan ringankan sikit mulut tu nak mak contribute berapa ringgit ke? nak kena datang tolong tak? atau apa-apalah yang difikirkan boleh dikatogerikan sebagai adat. Tetapi bukan dipaksa untuk berbuat demikian kerana courtesy tu perlu ada di dalam diri kita. Sebab orang yang menjemput tu pun bukan lah nak suruh buat keja, tetapi di sebelah pihak kita yang dijemput tu kena ada sedikit kesedaran, jika tuan menjemput kata tak payah, cuma datang je then, there is no issue" yang penting courtesy. Adat ini bukan setakat orang melayu aje yang berbuat demikian, malah semua bangsa pun tahu adat bertandang........renung renungkan, selamat beramal.


ADAT MAKAN DIMEJA MAKAN

Queen perasaan lah, kalau kita ni pergi ke rumah orang kerana dijemput untuk makan, semua orang akan kosongkan perut tu betul betul supaya boleh makan banyak banyak di rumah orang. *Adat yang lebih sopan ialah, kita makan sedikit kat rumah kita sekurang-kurang untuk alas perut terlebih dahulu, tak adalah kita mendesak tuan rumah pukul berapa nak makan, mak dah lapar ni nak makan, mak makan dulu , atau ringan je tangan tu mencubit makanan yang ketika itew belum pun lagi tuan rumah istihar makan lah. Kalau boleh tu kita ni cuba datang awal ke rumah orang yang kita kunjung tu untuk menolong seperti angkat pinggan ke, susun meja ke, basuhkan dishware kotor atau mana mana yang patut lah, atau ringankan sikit tulang tu, jangan dok tertunggu macam kucing lapar. Cuba ada inisiatif sikit untuk kita membantu penat lelah tuan rumah yang menyediakan makanan untuk semua orang. My name is Queen, but other people don't have this name acting like a Mother Queen. May be my name is Queen of Ammah. Nasiblah ko Queen.

Bila tiba masa makan tu, cuba kita ni ambik portion makanan tu sikit sikit dulu dan fikirkan orang belakang yang akan datang lambat atau sengaja datang lambat untuk dipujuk supaya datang. Kalau nak tambah ke tu fikirkan juga sapa sapa yang belum makan lagi, supaya tak adalah yang terkilan orang yang datang lambat itew atau mengkelan air liur tetamu yang datang lewat melihat sisa sajork....sapa yang kena hencap nanti? tetamu atau tuan rumah?.


KONSEP CLEAN AS YOU GO

Konsep Clean As You Go, terpaksa Queen tampalkan notis ini di Kebunget@h kerana diri kiu terpaksa berterus terang dengan situasi ini. Sebab Queen dah tak nak di depan kata "mak tak kisah" tetapi di belakang "kerusi mak", mowtip pakai towel mak" (look this statement on Miss Africa entry..commented by Abbybossh 2008), sofa sofa kiu kempis (sofa murah aja), cushion kiu bertabur di atas lantai tanpa membetulkan semula di sofa. Habuk rokok tu jangan cakaplah, sudah dihencap dan diusulkan untuk jangan merokok di living room di Club House, tidak diendahkan. Kadang kadang ashtray tu dibiarkan penuh di atas Coffee table, atau kadang kadang dicelah Sofa. Itu belum lagi putik kapas yang dijumpai terbiar di atas Coffee table untuk mengorek telinga yang banyak tahi dan juga ada serpihan kuku bersama cagu yang dipotong dan ditinggalkan di sofa atau dilantai. Tisu-tisu yang digunakan bersepah... Gross!...dan juga guling guling atas katil dan meninggalkan kesan Compact di atas cadar putih kiu,....Meja makan yang bersepah dengan cawan cawan minuman....and many many more. Konsep mak tak kisah tu kalau semua orang tu concern kalau dia tu tetamu yang datang sekali sekala atau diundang. Hari hari, tu dah kira tidak enak ya kerana diri ku bukan di tugaskan untuk mengemasnyer setiap hari.

Cuba kita ni kemas kan sikit, sekurang kurang nya, kalau ternampak cawan cawan tu bersepah tu, punggahkan ke dalam sinki, tak nak basuh tak apa at least biar living room tu nampak kemas sikit. Kedua lepas dah kempiskan sofa sofa tu, cuba betulkan kembali ngan hempuk hempuk sikit dan susun balik cushion yang telah diselerakkan di lantai tu. Kalau berguling tu, tegangkan kembali cadar tu, susun atur balik bantal bantal tu..tak ade lah tuan rumah rengse. Kita kena limitkan diri kita ketika berada di rumah orang, yang itew kita kena ingat.

Kalau Guest itew makna nya tetamu yang datang sekali sekala bertandang, tak kisahlah sangat sebab nak meraikan tetamu yang datang sekali sekala, tetapi kalau dah hari hari tu dikira sebagai tetamu ke?...so Queen menganggap orang itew sebagai "part of the house member" so jadi lah macam housemate jangan jadi tetamu yang berstatus Diva...tetapi tak boleh lebih dari tuan rumah....tu aja yang kita kena fikirkan...renung renungkan, selamat beramal
KESIMPULAN
Dari perbincangan dan konsep yang dibentangkan tadi dapatlah kiranyer kita menjadikan iktibar dalam diri kita, supaya diri kita sentiasa beringat dan jangan tunggu sampai tuan rumah mengrensge atau sudah tidak selesa atau dengan keadaan sudah menjadi kurang enak di pandang. Bertindak segera itew lebih penting dan keadaan tidak akan menjadi tegang atau krisis yang lebih teruk. Benda yang simple itew jangan kita jadikannyer complicated dalam diri kita kerana ianyer akan mengundang konflik.
__________________________________________________
Some part of the concept contributed equally by CempakaDesa * Adat Makan Di Meja Makan" especially ketika dijemput datang makan, kita kena ambik sedikit makan di rumah untuk alas perut. Also Defination of Guest in Konsep "Clean as you Go" Tetamu dianggap apabila datang sekali sekala, tetapi hari hari marilah pergi gedung hari hari tu tidak di anggap tetamu lagi* Konsep yang mudah ini sangat mudah difahami oleh socialite. CempakaDesa akan mengajurkan Table manner di masa hadapan, dan mengundang semua orang untuk datang ke ceramah beliau "Beretika ketika bersosial"

Some ideas from "Adat Bertandang was from MIMI TOI, The concept is easy, some organizer need some sponsor to make the event become reality if they really want to join in. Not all organizer is rich and famous.

Any issue need to mailing to Coresspondent author Queennana@kebunget@h.com

Artikel ini bukan untuk orang lain sahaja, tetapi peringatan pada diri author sendiri dan diamalkan di masa hadapan yang difikirkan sesuai jika kita bertandang ke rumah orang.




9 comments:

Fiebie said...

dalam membuat keputusan, seperti kata Rich JJ, never ever "THINK"

Perkataan-perkataan seperti Mak Rasa, Mak Ingat, Mak Fikir, Mungkin, dan sebagainya tidak akan wujud dalam pembuatan keputusan.

We must make decision based on Fact.

Jika Mimi Toi rasa kita perlu bayar dia kena cakap, jangan cakap belakang-belakang, tak elok.

Kalau CEO rasa terbeban menyediakan makanan dan sebagainya di rumah, maka stop menyediakan makanan.

Kalau CEO rasa Kerusinya patah, Towelnya kotor, cadarnya kotor sila keluarkan resit untuk pembaikpulih.

Never ever "THINK".

You dont think, you ask!


Mati lah makkkkkkkkkkkkk...


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ke rumah babyboosh.

Fiebie said...

in a way, which one would you prefer str8 forward on your face hencapan seperti yang selalu dilakukan oleh Miss Africa, or senyum manis depan-depan dan kendian cakap-cakap belakang seperti yang berlaku sekarang, and then you got to hear it from your other friends and end up being a joke as usually what happen to those who were not there when the clans meet?

Sister of St Angelic said...

uols silap, mak xde kat hainan masa jemputan sebab... tapi mak ada kat clubhouse hari ahad tu(tiap2 hari mak datang..)

Kyra said...

Mak tiada pada hari jumaat ittew...harap author betulkan kenyataan...

Ok itu sajoh...

@way said...

Uoll...

Penting ker semua nie? Dah uoll sendiri yang tubuhkan Club house dan mengwar-warkan umah uoll adalah club house... (so jangan salah kan orang lain) walau pun kekadang tuu tetamu tu melebihi 3hari...

Thats why i said earlier... Populariti bukan dicari tapi diraih... Daaaa..

Nasib HEM jarang-jarang menggunakan kemudahan di club house...

Kalau guna pun cuma kemudahan Wifi but its not free...

P/s: Kenapa internet sudah dinch boleh guna semalam????

queennana said...

To: fiebie faham analogi ini.. ahmad ada rm 20 tapi nak buat makan tuk seluruh kaum keluarga terdekat ada dalam 30 orang.. maka ahmad tidak mampu, jadi ahmad tetap buat jugak makan makan dengan tujuan makan bersama mana saudara yang duduk berjiran Dengan tidak menjemput sesapa tapi saudara mara yg datang tetap dihidangkan makan.kalau tak dijemput kena faham masalah budgetlah. sapa ahmad nak mintak sedekah dengan saudara mara tuk buat party. sebab tu ahmad buat makan makan sedara yg dekat2 je. kalau saudara mara nak buat betul2 gathering hahhhhh buat.febbie mak tunggu kau buat makan.. kalau boleh setiap minggu.dan jemput satu shah alam setiap minggu. setiap minguuuuuuuuu. bukan setiap 3 bulan ye...

I can't stop myself to prepare food, because i luv so much to cook. somemore I prepared my food at my own house. Another occasion just round the corner, "Nasi Dagang"... seperti biasa Queen juga tiada jemputan dan tiada kutipan derma di lakukan, cuma ikut keikhlasan untuk menderma atau sudi menghulurkan bantuan. Konsep kita buat bersama dan kita menjamu selera bersama...kalau sapa sapa datang tu seperti yang Queen cakap kalau ada rezeki orang tu adalah... that we call REZEKI no SHOW OFF. To u ol, mak assignkan, editor JJCMSCJ tetap menjalankan tugasnyer seperti biasa. mungkin sedikit format di tukar, seperti MLB cadangkan cara cara membuat Nasi Dagang bukan buat party makan Nasi Dagang.

To: skinny Bitch
if u wanna compare apple to apple please make sure compare thoroughly.. ur meal berbayar.. corina party free. kalau corina party berbayar mungkin kita org akan hidangkan lebih satu menu dari menu party berbayar. mungkin kita tambah ice cream cukup tuk lebih satu.. tu sajorkkkkkk ... Memang susah nak dibandingkan menu barat dan menu kampung yang disediakan dari bahan bahan murah.secara jujurnya memang tak boleh dibandingkan.We are not same league. One with high degree qualification in Culinary or chef, but another league don't have that kind of qualification, only talent/gifted given by GOD. but doesn't matter what menu we prepared, how many dish, how we present our food or how difficult we prepared its, but we must see other perspective how people appreciate or enjoy the food so much, doesn't matter its apple or durian.If people like apple then they buy and eat apple everyday, and If they don't like Durian or even cannot smell the odor of Durian, we cannot force them to eat Durian. that's it. Then, deep in ur heart, only u know how they like it so much our "air tangan".Kan?

Furthermore, I only have living Quaters plate and ol this dishware is very cheap and up to 80%off, there is no issue to "show off" or whatever...nak bangga apa setakat plate yang murah itew yang dibuat di air itam oleh Clay Tan, bukan nyer set pinggan mangkuk "Noritake" yang di jamah oleh tetamu. Kali ini Queen menyediakan makanan atas daun pisang sajork....no luminarc or any branded items.

Comments were prepared by two people

Kyra said...

Cukuplah

Kes Selesai!!!!

Dah SOMEBODY PLEASE CREATE NEW ISSUE SUCH AS MAMI PUNYA PARTY!!!

Kalau datang sebagai jemputan...paham-paham bawa diri...

Itu Sajoh!!!!

Fiebie said...

i think i need to make some major correction to the word used by someone, ( who i would not want to mention here, but everyone know who she is).

there isn't any your party, my party, her party so on and so forth. There is only our party if it was planned as a community function, unless stated otherwise.

to put justification as the one we have in Skinny bitch's house as skinny bitch party, and the one we have in CEO's house is CEO's party is totally wrong altogether.

if anyone wanted to have any party yang involve food after this, and you decide to have a ungkit mengungkit and berkira session after that such as i only drink chinese tea, or i only drink soya bean or dulu mak buat makan-makan takde sapa pun nak contribute, or any kind of comment such as those mention above,

please leave my name out and do not invite me to that kind of function. Otherwise tell me how much should i pay so mak tak mati perut busung (walaupun sekarang sudahpun busung)

thatttttttttttttttts itttttttt (translation : ituuuuuuuuu sajjjjjjokkkkkkkkkk)

Oke can we change to another subject now.

Mistressluvbondage said...

naper perlu org lain untuk menulis komen sendiri ekh?
mak x faham