Sebelum kita tengok isu jalan-jalan carik makan kita hari ini, cuba teka apa dalam kotak kat bawah??? Dalam dia ada pemberian Skinny Bitch in De Kitchen.
Clue : bukan 3 hadiah, atau hadiah penyimpan pisau atau mayat salah sorang dari ahli kebun getah yang telah dipotong 8.
Betullllllllllllllll, dalam tu ada roti.
Pandai 10 markah.
Seperti yang kita semua tahu, setiap kali Skinny Bitch memberi kursus, maka kita semua akan kenyang makan roti selama seminggu lebih. Kadang kala sampai dah nak muntah dah tengok roti.
Hari ini untuk pendidikan culture dan social class kita, kita akan belajar mengenai Bun & bread.
Roti ada banyak jenis ya, jadi kita jangan malukan diri kita dengan memanggil semua roti adalah roti. Kita orang feeling high class mesti tahu nama-nama roti kita ya.
Jadi hari ini kita belajar mengenai sweet bun dan versi-versinya. Kita juga akan belajar mengenai High Fibre Bread oke
By the way, itu bukan kopi, itu hanyalah kicap yang dicairkan untuk mendapat effect kopi. Kalau kita nak makan roti kita kena lah minum dengan tea or coffee. Dan kita juga boleh makan dengan jus buah-buahan seperti homemade carrot juice di atas.
Kelas tak?
By the way, roti kat atas tu dipanggil sweet bun with cream and peach, atau kita juga boleh panggil sweet bun with cream custard and peach
Ini sweet pun jugak. Bahan dia sama je, tapi filling dia berbeza. Yang twirling-twirling itu nama dia adalah Snail with kaya filling and Twist sweet bun with kiwi topping.
Dari kiri adalah Red bean sweet bun, yang atas tu pun red bean bun jugak, tapi teknik lain pastu sebelah kanan itu adalah sausage roll dalam dua bentuk.
SO STOP CALLING YOUR BREAD, BREAD.
Respect your buns and bread.
Hik hik.
Setakat itu je kelas culture dan social kita.
Daaaaaaaaaaaaaa
2 comments:
Mak orang baru u ol kat sini...
motiffff..
mimi d one and only????
uweks!
Post a Comment