Wednesday, September 17, 2008

Nasi Dage?

Sebelum kita memulakan acara JJCMSCMJ kali ini, apa kata kita mulakan dengan menyanyi lagu rakyat dulu ya.

Maghi deh,


Jong Jong Inai Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )

Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki( 2X )

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang( 2X )

Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )


Bagus.. bagus.. sekarang baru lah kita boleh baca entri terbaru JJCMSCJ versi Nasik Dagang Rantau Panjang.

Eh kita sambung nyanyi lagi deh.

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Penyu tengok Telur kita.

Oke, tepuk tangan tepuk tangan.

Oke kembali kepada Rancangan Jalan-Jalan Carik Makan Sambil Carik Masalah Jantan. Isu hari ini adalah Nasik Dagang.

Setelah berjaya dengan experimentasi beratitudasi memasak nasik kerabu lengkap dengan solok lada dan serunding ike, Mimi Toi yang dikenali sekarang dengan nama MimiPharma telah mencuba experiment terbaru membuat nasik dagang gulai ikan aye, versi Kelantan sebagai jamuan berbuka puasa di Club House.






Tu dia tempat di mana beras nasik dagang itu telah dibeli begitu jauh sekali. Di sempadan Malaysia Thailand, antara kawasan paling utara di Malaysia. TU dia, Kompleks imigresen Rantau Panjang. Motif nya sampai ke Rantau Panjang tidak diketahui.

Ini kerana CEO telah mengarahkan resipi nasi dagangnya mesti, di ulang mesti mengunakan beras pulut merah campuran. Walaupun dia hanya orang Pahang, dan telah diberitahu oleh orang-orang Kelantan dan Terengganu bahawa nasik dagang tidak memerlukan beras merah, sebaliknya boleh mengunakan campuran beras wangi dan beras pulut, tetapi CEO tetap berkeras mengunakan beras merah.

Jadi wartawan JJCM terpaksa pergi ke KB semata-mata untuk membeli beras berwarna merah tersebut.

Jadi proses memasaknya tidak akan ditunjukkan disini kerana MimiPharma telah membuatnya dengan menyorok-nyorok kerana khuatir resipi tradisi keluarganya diketahui oleh ramai.

Begitu kekwat sekali.

Seawal jam 8 mereka telah ke pasar untuk membeli santan dan ikan aye, atau ikan tongkol khas untuk membuat makanan istimewa rakyat pantai timur ini. Dan seawal jam 12 tengahari mereka telah siap memotong halia, memerah santan dan mula proses memasak nasik dagang, yang siap 4 jam kemudian.

Gitu lah gigih nya mereka.

Tu lah hok nasik dage, tu. Nampok sedak sekali ke?
Meh kita zoom ini sikit.
Tu dia, nasik dagang yang perfect. Beras tidak bertih, dan nampak moist, kandungan santan 3 peringkat dan perasa lengkap melengkapkan menjadikan nasik dagang ini begitu lazat sekali. Untuk memberi kesedapan dan bau yang wangi, bawang, rempah helba dan halia hiris dibubuh ke dalam nasik dagang ini.


Tu dia, semangkuk Gulai Kuning Ikan Aye. Kos untuk membuat Kuah Gulai Merah ayam tidak ada, jadi ada ikan sajork. Cukup masam, cukup manis, pedas dan lemak dan cukup masinnya.



Nampak begitu menyeleraskan sekali kan.




Nasik dagang jika di makan di Terengganu tidak lengkap jika tiada acar Timun. Tetapi versi acar ini ada karots, cili dan kobis untuk presentation yang lebih meletop. Disebabkan nasik dagang ini begitu berlemak kerana mengunakan santan yang banyak, jadi bahan-bahan dan lauk-lauk sampingannya mesti sedikit masam.

Telur masin dan telur rebus juga disediakan untuk melengkapkan menu istimewa makanan Raja-raja di Pantai Timur. Yo lahhhhhhhhhhhhh.


Selain itu untuk sessi berbuka puasa ini kita juga ada kueh-mueh seperti roti jala, murtabak, karipap dan cempedak goreng.




Itu dia kesemua hidangan untuk malam itu, ada nasik dagang, ada kueh, ada ayam goreng, ada buah-buahan tempatan dan sebagainya.

Sekian sahaja laporan JJCMSCJ untuk hari ini.

5 comments:

@way said...

Emmmm...

queennana said...

To FB

Halooo.....Itew adalah harga yang boleh diguna pakai di kelantan ....This is shah alam, kat shah alam tak main lah RM15 untuk satu mangkuk ikan aye....

Harga ikan aye ialah RM5.00 untuk hanya 500g...now u do the math, 2 ekor ikan aye seberat 3.5kg...

Santan pekat yang ditapis dua kali bak minyak sawit di proses pemeringkatan 2 kali....untuk 2kilo berharga RM8.00

Timun, karot, cili merah dan bawang berharga RM6.50 ya, how dare u put my acar at RM5.00

Beras yang dimasak bukan beras hancur atau beras timbang yang percentage kehancurannyer more than 10%... untuk perhatian u ol, ianya adalah beras wangi siam yang terpilih berharga RM28.00 per 5kilo....

Now u do the math........

I ask u to do assignment to look at the actual price for ikan, daging, sayur and so on.Bukan main taruk je....next time ask me 1st berapa nak taruk harga, tak main lah dengan harga bawah RM5.00

Not to say kekwat, but all the barang yang dibeli hanya di pasar basah sec 6...
u do the math, pasar sec 6 shah alam not pasar chowkit or pasar di sec 25 taman seri muda.

Anyway, thanks for posting, all the picture look so beautiful. u did a good job.

queennana said...

Memang sesuai sangat lah tu jalan jalan cari makan sambil mencari masalah. (cari cik tan tu mak drop out kan dari division ni....tak nampak hasil cik tan pun) ini kerana setiap kali posting dikeluarkan pasal makan mesti ade masalah yang timbul.

Sebab itewlah u ol memang layak menjadi ketua editor untuk bahagian ini. Nampak gaya division u ol sungguh membanggakan hem...nampak buat keje, dan tak gentar akan consequences yang akan timbul.

Bak peristiwa, kepala di tepis ketika tut, tut, tut... maka telunjuk ke arah pintu...dan juga u ol dapat balik telunjuk itew...opsss salah berperi bahasa....mak tersalah konti, lain yang diertikan lain pulak dimaksudkan....renung renungkan.

Fiebie said...

well, kepala di tepis bukan bermaksud kegagalan. Kepala di tepis kerana daging telah mula kental dan akan memuntahkan lahar.

masalah bukan kerana rakan tag team yang masuk awal, tetapi kerana pembekal daging tidak pandai menjaga tingkah laku dan perilaku pelanggan.

Jadi ditunjukkan jalan keluar kepada pembekal daging supaya lebih mesra pelanggan dan mengangkat pelanggan seperti orang suci dan murni.

Jadi tidak perlu merayu-rayu dan mencium kaki penjual daging yang dagingnya membusuk kerana penjual daging ada di mana-mana dan lebih mantap, suci dan murni yang mana dagingnya lebih merah, panas dan lebih segar.

Tak caya tanya kyra pakar daging beruniform.


p/s diibaratkan mana lebih hebat, mengreject penjual daging atau merayu-rayu penjual daging yang reject terang-terangan?

well you do the math.

Kyra said...

Mowteppp mak lagi dikaitkan...

Mak hanya menjual daging harimau..yang katanya daging harimau panas kan...

Pernah jugak penjual daging harimau mak di tunjukkan jalan keluar..bukan tak pernah....

Susah lah dah la nak raya penjual daging memberi respon kat mak hanya boleh membekalkan daging selepas ray sajoh...

No More Sharing is Caring...nak makan carik sendirik....

Mak Durex...