Emm, jadi tidak ketinggalkan adalah Corrina yang telah menjemput ahli-ahli KG untuk moreh-moreh tetapi hanya part makan-makan sahur sahaja.
Menurut Corrina dia tidak kuasa membuat majlis berbuka, tetapi lebih mengutamakan majlis bersahur kerana lebih ramai rakan yang akan hadir.
Tetapi wartawan JJCM speku dia malas untuk masak di waktu siang kerana kuathir akan mengetest makanan tersebut.
Jom kita pergi Jalan-Jalan Carik Makan
Tu dia menu yang disediakan untuk majlis sahur yang dihadiri oleh hampir 70 % ahli KG. Mari kita lihat dengan lebih dekat.
Ikan sepat masin dengan cili dan bawang. Sungguh menaikkan selera makan di waktu sahur. Tetapi ada ahli Kebun Getah yang tidak boleh makan ikan sepat kerana terasa seperti tanah. Al-maklumlah, ikan sawah you all. Jangankan kata ikan sepat berbau tanah, ikan Siakap Tesco berharga 45 hengget pun berbau tanah you all.
Larikkkkkkkkkkkkkkkkkk
Sayur campur terbaik. Terbaik bak kata si Mindless Girl yang sekarang sangat busy dan jarang kelihatan semenjak menjadi wartawan di akhbar tempatan.
Soup ekor kegemaran we all. Corinna seolah-olah memahami citarasa we all yang suka makan makanan berkuah seperti soup untuk sahur. Walaupun konsistensi soup tersebut seperti soup yang dimasak di Restoren di bawah rumah corrinna, tetapi corrina berkeras mengatakan dia memasak sendiri soup tersebut.
Tapi memang sedap sekali. Jadi sesiapa yang suka makan soup, cepatlah mengurat corrina so dia boleh masak soup hari hari.
Tu dia, telur dadar bawang, 2 set kerana rakan-rakan corrina suka makan telur dadar untuk menambah bilangan kolesterol di dalam badan.
Oke, itu lah menu yang disediakan, jom kita lihat kos nya pula.
4 comments:
Emmm...
We dont have an issue here...
tata
Ok, Kami datang menyerang di Perlabuhan Klang.
cantik pingan mangkok korang..
priceless.............
Post a Comment